Enter your keyword

Wednesday, January 25, 2017

5 Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan Mudah

By On 1/25/2017
learn english


Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Pembelajaran bahasa inggeris pada masa kini sangat deperlukan dan perlu diutamakan agar kita dapat terus bersaing dengan penduduk dari negara lain. Seperti yang kita tahu, penggunaan bahasa inggeris bagi penduduk Malaysia masih berada di tahap yang memuaskan,, masih banyak yang perlu kita perbetulkan sama ada dari segi sttuktur ayat, ejaan, sebutan mahupun tatabahasa.

Berikut merupakan tips mudah mempelajari bahasa inggeris secara tidak formal melalui self-learning:

1. Banyakkan Membaca Buku

Tidak kisahlah jenis buku yang dibaca itu samaada novel, buku cerita, buku resepi, buku nasihat dan etc. Asalkan buku tersebut ditulis menggunakan bahasa inggeris. Semasa membaca buku, cuba perhatikan cara penggunaan bahasa inggeris itu sendiri. Perhatikan struktur ayat serta tatabahasa yang digunakan. Bagi setiap perkataan yang anda tidak fahami, carilah maksudnya dengan menggunakan kamus/ kamus online. Secara tidak lansung, anda akan mempelajari bahsa inggeris dengan mudah.

2. Tonton Movie/Drama

Ramai antara kita gemar menonton drama/filem barat. Salah satu cara efektif untuk mempelajari sebutan yang betul bagi setiap perkataan bahasa inggeris adalah dengan menonton filem/drama barat ini. Cuba dengarkan setiap perkataan yang disebut oleh pelakon di dalam filem dan fahamkan.
Elakkan mengguna subtitle bahasa melaytu ketika menonton filem/drama bahasa inggeris. Ia akan menggangu fokus anda untuk mendegar sebutan perkataan bahasa inggeris. Sebaliknya, gunakan subtitle berbahasa inggeris.

3. Dapatkan 'Partner in crime'

Dapatkan seorang rakan yang anda rapat dan cuba sentiasa berkomunikasi dengan rakan anda itu di dalam bahasa inggeris. Hal ini kerana, ramai antara kita mempunyai pengetahuan tatabahasa bahasa inggeris yang mantap namun apabila disuruh untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris si dia akan menjadi kaku. Perkara ini berlaku kerana, si dia kurang mempraktikkan cara berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Justeru, dapatkan seorang rakan dan bertuturlah dalam bahasa inggeris dengan rakan anda.

4. Dengar lirik lagu

Ramai yang kenal dengan Justin bieber, Rihanna dan sebagainya. Mereka merupakan penyanyi yang terkenal di seluruh dunia. Cuba anda jadikan minat anda terhadap lagu-lagu mereka sebagai salah satu cara untuk anda menguasai bahasa inggeris. Dengarkan lirik lagu mereka dan tulis di atas kertas, selepas ditulis cuba bandingkan lirik anda dengan lirik asal lagu tersebut. Dengan cara ini anda dapat mempelajari ketajaman telinga anda untuk mendengar /ditaction terhadap bahasa inggeris .

5. Practice make you perfect

Terus berlatih dan berlatih agar dapat memantapkan pengetahuan bahasa inggeris anda, sediakan sebuah diari ataupun blog dan tulis apa sahaja yang bermain difikiran anda dalam bahasa inggeris.
Sememangnya diakui bahasa inggeris sangat mudah untuk dipelajari, namun semuanya bergantung pada usaha dan inisiatif diri sendiri.

Monday, January 23, 2017

Tips membakar lemak ketika sarapan

By On 1/23/2017


Adakah anda tahu , sarapan merupakan perkara yang paling penting untuk dilakukan.Orang yang mengambil sarapan secara tetap cenderung untuk mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari dan mendapat daya tumpuan yang lebih baik. Dan kerana mereka mempunyai lebih tumpuan dan tenaga ,mereka dapat melakukan lebih banyak perkara pada siang hari.

Sarapan bukan sahaja telah memberi anda keupayaan lebih besar untuk melakukan banyak perkara , ia juga membantu mengawal berat badan dan tahap kolesterol. Ini adalah kerana ia membantu memulakan metabolisme anda untuk sepanjang hari itu.

Berikut adalah beberapa tips untuk mewujudkan tabiat sarapan yang sihat:

1. Jadikan sarapan satu tabiat baru.
Jika anda selalu mengambil sarapan, ubahkan tabiat sarapan anda. Mulakan dengan menambah buah-buahan dalam menu sarapan anda. Seterusnya, perbaiki menu sarapan anda supaya lebih sihat dari hari ke hari. Satu tips berguna, jika anda tidak suka mengambil buah-buahan secara mentah, maka jadikan buah-buahan tersebut dalam bentuk smoothie. Selain rasanya yang enak, ia juga membekalkan nutrisi yang baik untuk sepanjang hari.

2. Memusnahkan tabiat mengambil makanan manis ketika sarapan.
Seperti yang anda tahu, bijirin sarapan sarat dengan kandungan gula. Ianya sangat tidak sihat untuk badan! Jadi, daripada bijirin cuba tukarkan menu sarapan dengan makanan alternatif seperti telur . Jika anda perlukan rasa manis dalam sarapan anda, cuba tambahkan buah-buahan di dalam masakan anda, seperti pisang.

3. Hapuskan tabiat mengambil bijirin secara penuh.
Cuba kurangkan mengambil bijirin sarapan, Untuk lebih berkesan , cuba campurkan bijirin sarapan anda dengan sedikit buah seperti blueberry ataupun mentega kacang. Ianya akan mengurangkan pengambilan gula anda dan membantu membakar lemak.

Apabila anda telah jatuh ke dalam tabiat makan makanan yang tidak sihat, ia kadang-kadang boleh menjadi sangat sukar untuk mengubah tabiat ini. Makan sarapan pagi adalah amat penting untuk mengurangkan berat badan bagi permulaan metabolisme anda dengan betul.

Sunday, January 22, 2017

4 Cara buat duit daripada YouTube

By On 1/22/2017
menjana wang dari YouTube

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim - Wikipedia

Youtube! Sebut sahaja nama website ini pasti semua orang tahu. YouTube menghos berjuta-juta video di websitenya. Setiap orang boleh memuat naik video mereka tersendiri untuk ditonton oleh seluruh dunia. Sudah ramai yang mula menja pendapatan daripada YouTube. Berikut merupakan 4 cara menjana pendapatan daripada video yang dimuat naik ke YouTube.


1. Iklan
Salah satu cara untuk menjana pendapatan daripada Youtube adalah dengan mengaktifkan monetization ke dalam video anda. Anda hanya perlu mempunyai beberapa video untuk mendaftar akaun adsense.
Setiap klik dan tontonan penonton terhadap video anda akan memberikan anda sejumlah wang. Sudah tentulah lebih banyak tontonan yang anda dapat, lebih banyaklah peluang anda untuk memperoleh pendapatan yang tinggi.


2.Pemasaran Affiliate

Pernahkah anda melihat video promosi di YouTube seperti video yang menunjukkan cara untuk mengurangkan berat badan dengan membeli e-book yang diiklankan. Itu merupakan salah satu cara mereka menjana pendapatan daripada YouTube. Video dimuat naik akan mempromosikan produk affiliate yang mereka pilih. Ajen-ajen yang menawarkan affiliate ini termasuklah ClickBank, Amazon affiliate and etc. Pendapatan dari affiliate juga selalunya lebih tinggi berbanding meletakkan iklan di video.

3. Mendapatkan Sponsorship

Jenis pendapatan ini bukanlah khas untuk pemula akaun YouTube. Anda perlulah mempunyai jumlah subscribers dan vies yang tinggi terdahulu untuk mendapatkan sponsorship. Sponsorship berfungsi dengan mempromosikan produk penaja seperti Coca-cola yang menaja video Kurt Hugu Scheinder. 

4. Menjana Trafik

Bagi pemilik bisnes, mereka menggunakan YouTube untuk memperoleh trafik ke laman membeli-belah online mereka. Mereka mempromosikan produk mereka di YouTube dan meletakkan link di dalam video mereka yang menuju ke website mereka. 

Saturday, January 21, 2017

Cara mengetahui blog anda layak untuk adsense

By On 1/21/2017
Adsense merupakan servis google dimana google seakan menyewa tapak blog/website anda untuk meletakkan ilan di situ. Setiap kali iklan di klik maka akan adalah sedikit wang yang akan diberikan kepada anda. Pemilihan adsense terhadap blog sangatlah rapi, malah ada rumor yang mengatakan daripada 1000 blog yang menghantar untuk membuat akaun adsense hanya 4 akaun sahaja yang diluluskan, namun semua itu bukanlah penghalang untuk kita tidak berusaha mendapatkan akaun adsense. 

Bagi pengguna blogger, anda sangat beruntung kerana anda dengan mudah akan berjaya dengan tapisan pertama apabilah di tab monetization anda mengatakan anda layak untuk adsense,
Jika tabs monetization anda sebegini :


maka anda masih tidak layak untuk mendapatkan akaun adsense.

Terdapat banyak ebook yang dijual di luar sana mengajar cara untuk mendapatkan akaun adsense,
anda hanya perlu rajin dan banyak membuat research


Friday, January 20, 2017

Apa itu piramid makanan?

By On 1/20/2017
Gambar piramid makanan


Piramid makanan adalah satu rajah/gambar/struktur yang menjadikan pemakanan sihat lebih mudah diamalkan. Pemakanan sihat semuanya berkisah tentang mengambil jumlah nutrisi yang lengkap dari segi protein, lemak. , kerbohidrat, minerals dan zat-zat yang lain.

Makanan dari kategori yang sama diletakkan pada satu aras yang sama didalam piramid makanan. Ini memberikan anda pilihan untuk memilih jenis makanan yang perlu diambil. Berpandukan struktur piramid makanan, amalan pemakanan sihat akan menjadi lebih mudah. Sturuktur piramid makanan juga mambantu kita mengawal pengambilan kalori kita seharian.

Secara asasnya, kita perlu mengurangkan jumlah pengambilan makanan daripada kategori teratas poramid makanan dan memperbanyak kategori makanan terbawah.

Cara menguruskan badan

By On 1/20/2017
Cara mudah menguruskan badan

Mempunyai berat badan yang ideal bukanlah satu perkara yang susah untuk dicapai. Kita perlulah mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk menurunkan berat badan kita agar mencapai berat yang ideal. Memang tidak dinafikan, berat badan untuk setiap orang mampun dikawal dengan cara yang berbeza. Hal ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang tersendiri.

Terdapat dua jenis keaadaan:
1. Mesomorphs
Seseorang yang badannya mampu membakar lemak dengan cepat

2. Endomorphic
Seseorang yang perlu bekerja keras untuk menurunkan berat badannya

Berikut merupakan tis-tips cara mudah untuk menguruskan badan


  • Tentukan jenis keadaan badan anda.
    Pastikan anda jelas dengan keadaan badan anda samaada anda seorang mesomorphs atau endomorphs. Sekiranya sudah mengetahui jenis keadaan badan anda , maka anda bolehlah memilih jenis senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan.
  • Sentiasa memantau kandungan lemak didalam badan anda
    Pemantauan yang rapi terhadap kandungan lemak dalam badan amatlah diperlukan untuk menguruskan badan. Pastikan lemak badan anda sentiasa berada dalam jelat yang sihat kerana terlalu banyak atau kekurangan lemak badan sangatlah bahaya.
  • Tetapkan berat yang anda ingin capai
    Penetapan berat badan haruslah ideal, anda boleh menentukan berat badan ideal dengan membuat kiraan BMI
  • Kurangkan pengambilan kalori
    Cara paling berkesan untuk mengurangkan jumlah kalori dalam badan ialah dengan mengawal pemakanan di samping bersenam.

    contohnya:
    anda diberi pilihan
    1. Berlari sejauh 10km untuk mengurankan 1000 cal tanpa mengurangkan jumlah kalori dalam makanan

    2. Mengurangkan jumlah kalori dalam makanan sebanyak 500 cal dan bersenam selama 1 jam untuk membakar 500 cal.

    Sudah tentulah pilihan kedua lebih baik.
  • Kawal jumlah pemakanan
    Lebih baik mengambil 5-6 kali makanan sehari dalam jumlah yang kecil berbanding 3 kali dalam saiz hidangan yang besar
  • Berlari
    Berjoging, berlari merupakan senaman yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Jumlah kalori yang dibakar sangat banyak disamping memperbaiki kesihatan kardio kita.
Sekian sahaja tips kali ini. Nantikan tips  kesihatan yang lain di post yang akan datang .

Cara membuat duit daripada blog

By On 1/20/2017
Banyak daripada kita yang mula berblog untuk suka-suka, namun apabila blog sudah mendapat banyak pengunjung, maka eloklah kita menjadikan blog sebagai tempat untuk mendapat sejumlah wang. Wang tersebut bolehlah digunakan untuk mebayar domain serta hosting blog. Selebihnya bolehlah dijadikan sebagai bonus untuk kejayaan diri sendiri.



Bayak cara untuk kita menjana pendapatan daripada blog. Antaranya ialah:

1. Iklan

Iklan merupakan cara yang paling digemari oleh blogger untuk menjana pendapatan. Pemilik blog akan diberikan link kepada iklan tersebut dan meletakkan link iklan di laman blog mereka.
Munkin ada yang tertanya-tanya dari manakah datangnya duit?
- Melalui klik
- Sewaaan tapak iklan 

setiap klik daripada pengunjung blog akan memberikan anda sejumlah wang, kebanyakan iklan sepeti ini adalah daripada Google Adsense, Nuffnang, Inity dan etc.
Sewaan tapak iklan pula dibayar secara bulanan/mingguan. pemilik blog menetapkan harga tersendiri dan meletakkan ikalan di blog mereka.

2. Review berbayar

Pemilik blog boleh juga melakukan review berbayar, Review berbayar selalunya ditawarkan kepada blogger yang mempunya UV (unique visit) ke blog mereka dengan kadar yang tinggi. Mereka hanya perlu membuat satu posting berkenaan sesuatu produk dengan kreatif dan unik. Harga yang dibayar daripada paid review ini selalunya sangat tinggi.

3. Jualan Produk Sendiri

Anda suka membuat kraf tangan tersendiri? Maka buatlah satu blog e-commerce yang mempromosikan produk kraf tangan anda. Menjual produk sendiri di internet jauh lebih berkesan berbanding menjual secara dua muka. Hal ini kerana anda tidak perlu menyewa tapak dan berpenat lelah menjual produk anda

4. Jualan servis

Melalui blog juga, anda bole menjual servis anda. Antara servis yang boleh dilakukan ialah:

  • Servis menulis artikel
  • Servis mengubah header blog
  • Servis membuat blog
  • Servis mengubah template blog
  • Servis mempromosi blog
Melalui jualan servis, lebih banyak pendapatan sampingan yang anda mampu peroleh.

5. Jualan Blog

Anda mahir dalam membuat blog? Buat satu blog dengan niche yang tertentu, fokus pada satu niche dan jualkan blog anda. Anda boleh menjual blog anda di flippa.com.

Thursday, January 19, 2017

4 Laman Beli-Belah atas talian di Malaysia

By On 1/19/2017
Membeli belah secara atas talian tidak asing lagi pada zaman sekarang ini. Bukan hanya mudah malah dapat menjimatkan masa dan tenaga. Hanya dengan beberapa kli sahaja , barang yang dipesan akan sampai ke alamat rumah yang dimasukkan.

Antara laman membeli-belah atas talian yang terkenal di Malaysia ialah:

1. Lazada

Anda ingin membeli aat elektrik, telefon bimbit. periuk nasi, apa sahaja terdapat di Lazada. Laman webnya mudah untuk dinavigasi serta mempunyai fungsi yang pelbagai

2. Zalora

Laman Membeli-belah ini menawarkan pelbagai fesyen pakaian yang mengikut trend masa kini. Pakaian yang dijual semua pada harga berpatutan dan mempunyai design yang menarik.

3. Lelong

Laman lelong hampir sama dengan lazada, namun di lelong kebanyakkan brangan adalah barangan IT

4. Qoo10
Ingin mencari alat solek dan kecantikkan yang murah, maka Qoo10 menyediakan platform ini.
Banyak barang kecantikkan ditawarkan disini pada hrga yang sangat murah

8 Makanan Sihat untuk Mengurangkan Berat Badan

By On 1/19/2017

Ramai yang ingin mengurangkan berat badan mengelakkan diri mereka daripada terus makan. Mereka sanggup menahan lapar demi untuk menjadikan diri mereka lebih kurus. Perkara yang paling penting untuk mengawal berat badal adalah MAKANAN. Berikut merupakan 8 makanan yang selamat diambil untuk mengawal berat badan

1. Telur
Telur mempunyai protein yang sangat tinggi, Walaupun mempunyai kolestrol, telur mengandungi lemak sihat yang baik untuk badan. Telur juga mempunyai ketumpatan nutrisi yang tinggi. Hampir semua nutrisi yang diperlukan oleh badan terkandung di dalam telur.

2. Salmon
Salmon merupakan makanan yang tinggi dengan protein, lemak sihat dan nutrisi lain. Secara amnya, slmon membekalkan iodine kepada badan. Iodine berfungsi untuk mengekalkan kesihatan thyroid kita agar berfungsi dengan baik.

Salmon juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk meredakan keradangan dan mengurangkan obesiti.

3. Dada Ayam
Bahagian dada ayam mempunyai lemak dan kolestrol yang paling sedikit. Umum mengetahui ayam merupakan makanan yang tinggi dengan protein , Oleh itu, bagi sesiapa yang berdiet dengan mengurangkan ambilan kerbohidrat, eloklah mengamalkan diri mengambil dada ayam.

4. Buah-Buahan
Berdasarkan kajian, mereka yang mengamal mengambil buah-buahan lebih cenderung untuk kurang mendapat penyakit berbanding mereka yang tidak mengamalkan buah-buahan. Kandungan sifar lemak di dalam buah-buhan sangat baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan. Namun, buah-buahan tidak sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat kerana kandungan gula yang agak tinggi di dalam buah-buahan.

5. Ubi Kentang

Ubi Kentang yang direbus tinggi dengan kandungan potassium, disamping dapat mengawal berat badan, potassium juga berfungsi untuk mengekalkan tekanan darah.

Monday, January 16, 2017

Kegilaan Drama Korea

By On 1/16/2017
Drama Korea

Tidak dinafikan, drama-drama Korea sangat menarik. Anak muda zaman sekarang banyak
yang sangat menyukai drama Korea ini. Bahkan, mereka lebih gemar menonton drama Korea berbanding drama tempatan.

Berikut merupakan 6 Sebab kenapa ramai yang meminati drama Korea.

1. Drama yang ditayangkan simple dan mempunyai plot yang menarik

Simple di sini bermaksud, drama-drama korea ini tidak mempunyai beribu-ribu karakter seperti sesetengah drama dari negara lain. Jalan cerita yang ditayangkan sangat menarik dan membawa banyak pengajaran. Mereka juga sering menekankan aspek kesihatan di dalam lakonan. Contohnya, mereka sentasa mengamalkan minum air mineral selepas bangun tidur di dalam drama-drama ini.

2. Pelakon-pelakon korea cantik dan hensem

Ini merupakan faktor utama anak muda tergila-gila akan drama Korea.  Boleh dikatakan hampir semua pelakon di dalam  drama Korea sangat cantik dan hensem tanpa mengira usia.
mereka bukan sahaja mempunyai penampilan yang menarik namun lakonan yang dibawa oleh mereka juga teramatlah mantap.

3. Menerapkan nilai kasih sayang, hubungan keluarga dan hubungan dengan rakan.

Jarang sekali kita dapat melihat adegan-adegan lucah di dalam drama Korea.  Mereka lebih gemar menerapkan unsur yang memberi pengajaran kepada penonton. Unsur dendam seperti membakar kereta, membakar kedai, membakar rumah jarang sekali terdapat dalam drama-drama korea ini.

4. Mempelajari adat Korea

Munkin ada yang menonton drama korea untuk mempelajari adat resam mereka. Adat korea sangatlah baik dicontohi kerana mereka mempunyai nilai disiplin yang sangt tinggi

Wednesday, January 11, 2017

Pelukah Sosial Media untuk Perniagaan Online?

By On 1/11/2017


Perkembangan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WeChat sangat pesat pada masa kini. Dapat dilihat banyak peniaga-peniaga online mempromosikan produk mereka di laman-laman sosial ini. Namun, adakah tindakan mereka ini betul?

Sememangnya tindakan yang dilakukan oleh mereka ini sangat tepat. Pengunaan media sosial untuk mempromosikan produk jualan mereka sangat berkesan. Bukan sahaja tidak memerlukan modal, malah mereka juga tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak untuk mempromosikan produk perniagaan mereka. 

Cara untuk pembeli menghubungi peniaga juga lebih mudah. Hanya perlu menghantar chat sahaja dan menunggu respon daripada penjual. Jika pengiklanan dilakukan dengan menarik dan betul, ia mampu menarik lebih ramai pembeli. Hal ini bukan sahaja menguntungkan peniaga online malah pembeli juga tidak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah untuk mencari barangan. 

Namun perlu sentiasa diingat, kekayaan bukan datangnya dari bisnes tetapi dari pembeli dan peniaga itu sendiri. Peniaga perlu memahami kehendak pembeli dan sentiasa berdisiplin serta berbudi bahasa kepada pembeli. Dengan ini peniaga dapat memperoleh kepercayaan daripada pembeli itu sendiri.

Sememangnya media sosial merupakan alat yang sangat berkesan utuk perniagaan. Ambilah peluang ini untuk memajukan perniagaan di peringkat global dengan menggunakan media sosial. 





Monday, January 09, 2017

5 Langkah mudah menjana pendapatan pasif daripada blog

By On 1/09/2017


1.      Menkaji Topik/ Mencari Niche Blog


 Topik atau niche blog merupakan perkara paling penting untuk sesuatu blog. Untuk mencari niche blog, google keyword tools boleh digunakan. Pencari niche perlulah dilakukan dengan teliti kerana setiap niche mempunyai daya saingan yang tertentu daripada laman web yang lain. 


Untuk menjana mendapatan pasif dari blog , pemilihan kata kunci haruslah lebih spesifik.                

Contohnya:
Niche : Cara Mengurangkan berat

Kata kunci mikro yang sesuai ialah:

·        Cara Mengurangkan lemak di bahagian perut
·        Cara mengurangkan lemak pipi

Dapat dilihat disini, pemilihan kata kunci yang lebih spesifik kepada topik blog. Hal ini mungkin tidak dapat menarik ramai pengunjung ke blog namun dengan menggunakan niche mikro, blog anda dapat disenaraikan di top search laman Google.


2.      Membuat Micro Site

Micro site ialah laman web yang tidak perlu diupdate seperti blog. Cukup dengan membiarkan site ini mempunya 20 – 25 artikel berkuliti tentang niche yang dipilih tadi.
Pastikan pemilihan domain bersesuaian dengan niche blog.

Microsite bole dilakukan dengan menggunakan apa-apa platform samaada blogger, wordpress, joomla dan sebagainya.

Teknik SEO sangat penting dalam hal ini bagi membolehkan blog berada di kedudukan teratas carian GOOGLE.

3.      Menulis content yang berkualiti

Content is King untuk sesuatu blog. Cuba untuk mencari sebanyak masa yang boleh untuk menulis content yang betul-betul berkualiti dan mampu menarik minat pembaca. Tanamkan sikap menulis untuk berkongsi ilmu dan bukannya menulis untuk duit.

Isi blog yang menarik akan membuatkan pembaca untuk berulang kali mengunjungi blog anda.

  
4.      Mempromosikan Blog
Setelah siap membuat micro site, promosikan blog anda di laman-laman social bagi menarik lebih ramai pembaca.


5.      Monetize blog anda

Setelah blog anda mempunyai sejumlah pembaca tetap, maka blog anda sudah bersedia untuk dijadikan sebagai punca pendapatan, letakkan ikalan seperti GOOGLE ADSENSE ataupun nuffnang atau apa-apa sahaja yang mampu menjana duit dari blog.

Popular

Follow by Email

Random