Enter your keyword

Sunday, January 22, 2017

4 Cara buat duit daripada YouTube

menjana wang dari YouTube

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim - Wikipedia

Youtube! Sebut sahaja nama website ini pasti semua orang tahu. YouTube menghos berjuta-juta video di websitenya. Setiap orang boleh memuat naik video mereka tersendiri untuk ditonton oleh seluruh dunia. Sudah ramai yang mula menja pendapatan daripada YouTube. Berikut merupakan 4 cara menjana pendapatan daripada video yang dimuat naik ke YouTube.


1. Iklan
Salah satu cara untuk menjana pendapatan daripada Youtube adalah dengan mengaktifkan monetization ke dalam video anda. Anda hanya perlu mempunyai beberapa video untuk mendaftar akaun adsense.
Setiap klik dan tontonan penonton terhadap video anda akan memberikan anda sejumlah wang. Sudah tentulah lebih banyak tontonan yang anda dapat, lebih banyaklah peluang anda untuk memperoleh pendapatan yang tinggi.


2.Pemasaran Affiliate

Pernahkah anda melihat video promosi di YouTube seperti video yang menunjukkan cara untuk mengurangkan berat badan dengan membeli e-book yang diiklankan. Itu merupakan salah satu cara mereka menjana pendapatan daripada YouTube. Video dimuat naik akan mempromosikan produk affiliate yang mereka pilih. Ajen-ajen yang menawarkan affiliate ini termasuklah ClickBank, Amazon affiliate and etc. Pendapatan dari affiliate juga selalunya lebih tinggi berbanding meletakkan iklan di video.

3. Mendapatkan Sponsorship

Jenis pendapatan ini bukanlah khas untuk pemula akaun YouTube. Anda perlulah mempunyai jumlah subscribers dan vies yang tinggi terdahulu untuk mendapatkan sponsorship. Sponsorship berfungsi dengan mempromosikan produk penaja seperti Coca-cola yang menaja video Kurt Hugu Scheinder. 

4. Menjana Trafik

Bagi pemilik bisnes, mereka menggunakan YouTube untuk memperoleh trafik ke laman membeli-belah online mereka. Mereka mempromosikan produk mereka di YouTube dan meletakkan link di dalam video mereka yang menuju ke website mereka. 

1 comment:

  1. Hi there, I enjoy reading all of your article. I like to write a little comment to support you. www.gmail.com login

    ReplyDelete

Popular

Follow by Email

Random