Enter your keyword

Monday, January 09, 2017

5 Langkah mudah menjana pendapatan pasif daripada blog



1.      Menkaji Topik/ Mencari Niche Blog


 Topik atau niche blog merupakan perkara paling penting untuk sesuatu blog. Untuk mencari niche blog, google keyword tools boleh digunakan. Pencari niche perlulah dilakukan dengan teliti kerana setiap niche mempunyai daya saingan yang tertentu daripada laman web yang lain. 


Untuk menjana mendapatan pasif dari blog , pemilihan kata kunci haruslah lebih spesifik.                

Contohnya:
Niche : Cara Mengurangkan berat

Kata kunci mikro yang sesuai ialah:

·        Cara Mengurangkan lemak di bahagian perut
·        Cara mengurangkan lemak pipi

Dapat dilihat disini, pemilihan kata kunci yang lebih spesifik kepada topik blog. Hal ini mungkin tidak dapat menarik ramai pengunjung ke blog namun dengan menggunakan niche mikro, blog anda dapat disenaraikan di top search laman Google.


2.      Membuat Micro Site

Micro site ialah laman web yang tidak perlu diupdate seperti blog. Cukup dengan membiarkan site ini mempunya 20 – 25 artikel berkuliti tentang niche yang dipilih tadi.
Pastikan pemilihan domain bersesuaian dengan niche blog.

Microsite bole dilakukan dengan menggunakan apa-apa platform samaada blogger, wordpress, joomla dan sebagainya.

Teknik SEO sangat penting dalam hal ini bagi membolehkan blog berada di kedudukan teratas carian GOOGLE.

3.      Menulis content yang berkualiti

Content is King untuk sesuatu blog. Cuba untuk mencari sebanyak masa yang boleh untuk menulis content yang betul-betul berkualiti dan mampu menarik minat pembaca. Tanamkan sikap menulis untuk berkongsi ilmu dan bukannya menulis untuk duit.

Isi blog yang menarik akan membuatkan pembaca untuk berulang kali mengunjungi blog anda.

  
4.      Mempromosikan Blog
Setelah siap membuat micro site, promosikan blog anda di laman-laman social bagi menarik lebih ramai pembaca.


5.      Monetize blog anda

Setelah blog anda mempunyai sejumlah pembaca tetap, maka blog anda sudah bersedia untuk dijadikan sebagai punca pendapatan, letakkan ikalan seperti GOOGLE ADSENSE ataupun nuffnang atau apa-apa sahaja yang mampu menjana duit dari blog.

No comments:

Post a Comment

Popular

Follow by Email

Random