Enter your keyword

Wednesday, January 25, 2017

5 Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan Mudah

learn english


Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Pembelajaran bahasa inggeris pada masa kini sangat deperlukan dan perlu diutamakan agar kita dapat terus bersaing dengan penduduk dari negara lain. Seperti yang kita tahu, penggunaan bahasa inggeris bagi penduduk Malaysia masih berada di tahap yang memuaskan,, masih banyak yang perlu kita perbetulkan sama ada dari segi sttuktur ayat, ejaan, sebutan mahupun tatabahasa.

Berikut merupakan tips mudah mempelajari bahasa inggeris secara tidak formal melalui self-learning:

1. Banyakkan Membaca Buku

Tidak kisahlah jenis buku yang dibaca itu samaada novel, buku cerita, buku resepi, buku nasihat dan etc. Asalkan buku tersebut ditulis menggunakan bahasa inggeris. Semasa membaca buku, cuba perhatikan cara penggunaan bahasa inggeris itu sendiri. Perhatikan struktur ayat serta tatabahasa yang digunakan. Bagi setiap perkataan yang anda tidak fahami, carilah maksudnya dengan menggunakan kamus/ kamus online. Secara tidak lansung, anda akan mempelajari bahsa inggeris dengan mudah.

2. Tonton Movie/Drama

Ramai antara kita gemar menonton drama/filem barat. Salah satu cara efektif untuk mempelajari sebutan yang betul bagi setiap perkataan bahasa inggeris adalah dengan menonton filem/drama barat ini. Cuba dengarkan setiap perkataan yang disebut oleh pelakon di dalam filem dan fahamkan.
Elakkan mengguna subtitle bahasa melaytu ketika menonton filem/drama bahasa inggeris. Ia akan menggangu fokus anda untuk mendegar sebutan perkataan bahasa inggeris. Sebaliknya, gunakan subtitle berbahasa inggeris.

3. Dapatkan 'Partner in crime'

Dapatkan seorang rakan yang anda rapat dan cuba sentiasa berkomunikasi dengan rakan anda itu di dalam bahasa inggeris. Hal ini kerana, ramai antara kita mempunyai pengetahuan tatabahasa bahasa inggeris yang mantap namun apabila disuruh untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris si dia akan menjadi kaku. Perkara ini berlaku kerana, si dia kurang mempraktikkan cara berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Justeru, dapatkan seorang rakan dan bertuturlah dalam bahasa inggeris dengan rakan anda.

4. Dengar lirik lagu

Ramai yang kenal dengan Justin bieber, Rihanna dan sebagainya. Mereka merupakan penyanyi yang terkenal di seluruh dunia. Cuba anda jadikan minat anda terhadap lagu-lagu mereka sebagai salah satu cara untuk anda menguasai bahasa inggeris. Dengarkan lirik lagu mereka dan tulis di atas kertas, selepas ditulis cuba bandingkan lirik anda dengan lirik asal lagu tersebut. Dengan cara ini anda dapat mempelajari ketajaman telinga anda untuk mendengar /ditaction terhadap bahasa inggeris .

5. Practice make you perfect

Terus berlatih dan berlatih agar dapat memantapkan pengetahuan bahasa inggeris anda, sediakan sebuah diari ataupun blog dan tulis apa sahaja yang bermain difikiran anda dalam bahasa inggeris.
Sememangnya diakui bahasa inggeris sangat mudah untuk dipelajari, namun semuanya bergantung pada usaha dan inisiatif diri sendiri.

3 comments:

  1. thanks for sharing harimau kacak :* elsa biasa je dengar lirik lagu english hehe. mendengar, membaca & memahami memang 10/10, tapi bila nak bercakap tu hahahaha jadi 5/10 hakhak

    elsa singgah isi tabung :* jom tengok elsa review restoran apa harinie

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/01/food-review-murni-discovery-seksyen-7.html

    ReplyDelete
  2. Thanks you for sharing, Azwar pun masih practice untuk improve dalam bi. ;)

    ReplyDelete

Popular

Follow by Email

Random