Enter your keyword

Thursday, January 19, 2017

8 Makanan Sihat untuk Mengurangkan Berat Badan


Ramai yang ingin mengurangkan berat badan mengelakkan diri mereka daripada terus makan. Mereka sanggup menahan lapar demi untuk menjadikan diri mereka lebih kurus. Perkara yang paling penting untuk mengawal berat badal adalah MAKANAN. Berikut merupakan 8 makanan yang selamat diambil untuk mengawal berat badan

1. Telur
Telur mempunyai protein yang sangat tinggi, Walaupun mempunyai kolestrol, telur mengandungi lemak sihat yang baik untuk badan. Telur juga mempunyai ketumpatan nutrisi yang tinggi. Hampir semua nutrisi yang diperlukan oleh badan terkandung di dalam telur.

2. Salmon
Salmon merupakan makanan yang tinggi dengan protein, lemak sihat dan nutrisi lain. Secara amnya, slmon membekalkan iodine kepada badan. Iodine berfungsi untuk mengekalkan kesihatan thyroid kita agar berfungsi dengan baik.

Salmon juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk meredakan keradangan dan mengurangkan obesiti.

3. Dada Ayam
Bahagian dada ayam mempunyai lemak dan kolestrol yang paling sedikit. Umum mengetahui ayam merupakan makanan yang tinggi dengan protein , Oleh itu, bagi sesiapa yang berdiet dengan mengurangkan ambilan kerbohidrat, eloklah mengamalkan diri mengambil dada ayam.

4. Buah-Buahan
Berdasarkan kajian, mereka yang mengamal mengambil buah-buahan lebih cenderung untuk kurang mendapat penyakit berbanding mereka yang tidak mengamalkan buah-buahan. Kandungan sifar lemak di dalam buah-buhan sangat baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan. Namun, buah-buahan tidak sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat kerana kandungan gula yang agak tinggi di dalam buah-buahan.

5. Ubi Kentang

Ubi Kentang yang direbus tinggi dengan kandungan potassium, disamping dapat mengawal berat badan, potassium juga berfungsi untuk mengekalkan tekanan darah.

No comments:

Post a Comment

Popular

Follow by Email

Random