Enter your keyword

Friday, January 20, 2017

Cara membuat duit daripada blog

Banyak daripada kita yang mula berblog untuk suka-suka, namun apabila blog sudah mendapat banyak pengunjung, maka eloklah kita menjadikan blog sebagai tempat untuk mendapat sejumlah wang. Wang tersebut bolehlah digunakan untuk mebayar domain serta hosting blog. Selebihnya bolehlah dijadikan sebagai bonus untuk kejayaan diri sendiri.



Bayak cara untuk kita menjana pendapatan daripada blog. Antaranya ialah:

1. Iklan

Iklan merupakan cara yang paling digemari oleh blogger untuk menjana pendapatan. Pemilik blog akan diberikan link kepada iklan tersebut dan meletakkan link iklan di laman blog mereka.
Munkin ada yang tertanya-tanya dari manakah datangnya duit?
- Melalui klik
- Sewaaan tapak iklan 

setiap klik daripada pengunjung blog akan memberikan anda sejumlah wang, kebanyakan iklan sepeti ini adalah daripada Google Adsense, Nuffnang, Inity dan etc.
Sewaan tapak iklan pula dibayar secara bulanan/mingguan. pemilik blog menetapkan harga tersendiri dan meletakkan ikalan di blog mereka.

2. Review berbayar

Pemilik blog boleh juga melakukan review berbayar, Review berbayar selalunya ditawarkan kepada blogger yang mempunya UV (unique visit) ke blog mereka dengan kadar yang tinggi. Mereka hanya perlu membuat satu posting berkenaan sesuatu produk dengan kreatif dan unik. Harga yang dibayar daripada paid review ini selalunya sangat tinggi.

3. Jualan Produk Sendiri

Anda suka membuat kraf tangan tersendiri? Maka buatlah satu blog e-commerce yang mempromosikan produk kraf tangan anda. Menjual produk sendiri di internet jauh lebih berkesan berbanding menjual secara dua muka. Hal ini kerana anda tidak perlu menyewa tapak dan berpenat lelah menjual produk anda

4. Jualan servis

Melalui blog juga, anda bole menjual servis anda. Antara servis yang boleh dilakukan ialah:

  • Servis menulis artikel
  • Servis mengubah header blog
  • Servis membuat blog
  • Servis mengubah template blog
  • Servis mempromosi blog
Melalui jualan servis, lebih banyak pendapatan sampingan yang anda mampu peroleh.

5. Jualan Blog

Anda mahir dalam membuat blog? Buat satu blog dengan niche yang tertentu, fokus pada satu niche dan jualkan blog anda. Anda boleh menjual blog anda di flippa.com.

No comments:

Post a Comment

Popular

Follow by Email

Random