Enter your keyword

Friday, January 20, 2017

Cara menguruskan badan

Cara mudah menguruskan badan

Mempunyai berat badan yang ideal bukanlah satu perkara yang susah untuk dicapai. Kita perlulah mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk menurunkan berat badan kita agar mencapai berat yang ideal. Memang tidak dinafikan, berat badan untuk setiap orang mampun dikawal dengan cara yang berbeza. Hal ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang tersendiri.

Terdapat dua jenis keaadaan:
1. Mesomorphs
Seseorang yang badannya mampu membakar lemak dengan cepat

2. Endomorphic
Seseorang yang perlu bekerja keras untuk menurunkan berat badannya

Berikut merupakan tis-tips cara mudah untuk menguruskan badan


  • Tentukan jenis keadaan badan anda.
    Pastikan anda jelas dengan keadaan badan anda samaada anda seorang mesomorphs atau endomorphs. Sekiranya sudah mengetahui jenis keadaan badan anda , maka anda bolehlah memilih jenis senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan.
  • Sentiasa memantau kandungan lemak didalam badan anda
    Pemantauan yang rapi terhadap kandungan lemak dalam badan amatlah diperlukan untuk menguruskan badan. Pastikan lemak badan anda sentiasa berada dalam jelat yang sihat kerana terlalu banyak atau kekurangan lemak badan sangatlah bahaya.
  • Tetapkan berat yang anda ingin capai
    Penetapan berat badan haruslah ideal, anda boleh menentukan berat badan ideal dengan membuat kiraan BMI
  • Kurangkan pengambilan kalori
    Cara paling berkesan untuk mengurangkan jumlah kalori dalam badan ialah dengan mengawal pemakanan di samping bersenam.

    contohnya:
    anda diberi pilihan
    1. Berlari sejauh 10km untuk mengurankan 1000 cal tanpa mengurangkan jumlah kalori dalam makanan

    2. Mengurangkan jumlah kalori dalam makanan sebanyak 500 cal dan bersenam selama 1 jam untuk membakar 500 cal.

    Sudah tentulah pilihan kedua lebih baik.
  • Kawal jumlah pemakanan
    Lebih baik mengambil 5-6 kali makanan sehari dalam jumlah yang kecil berbanding 3 kali dalam saiz hidangan yang besar
  • Berlari
    Berjoging, berlari merupakan senaman yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Jumlah kalori yang dibakar sangat banyak disamping memperbaiki kesihatan kardio kita.
Sekian sahaja tips kali ini. Nantikan tips  kesihatan yang lain di post yang akan datang .

No comments:

Post a Comment

Popular

Follow by Email

Random