Enter your keyword

Monday, January 16, 2017

Kegilaan Drama Korea

Drama Korea

Tidak dinafikan, drama-drama Korea sangat menarik. Anak muda zaman sekarang banyak
yang sangat menyukai drama Korea ini. Bahkan, mereka lebih gemar menonton drama Korea berbanding drama tempatan.

Berikut merupakan 6 Sebab kenapa ramai yang meminati drama Korea.

1. Drama yang ditayangkan simple dan mempunyai plot yang menarik

Simple di sini bermaksud, drama-drama korea ini tidak mempunyai beribu-ribu karakter seperti sesetengah drama dari negara lain. Jalan cerita yang ditayangkan sangat menarik dan membawa banyak pengajaran. Mereka juga sering menekankan aspek kesihatan di dalam lakonan. Contohnya, mereka sentasa mengamalkan minum air mineral selepas bangun tidur di dalam drama-drama ini.

2. Pelakon-pelakon korea cantik dan hensem

Ini merupakan faktor utama anak muda tergila-gila akan drama Korea.  Boleh dikatakan hampir semua pelakon di dalam  drama Korea sangat cantik dan hensem tanpa mengira usia.
mereka bukan sahaja mempunyai penampilan yang menarik namun lakonan yang dibawa oleh mereka juga teramatlah mantap.

3. Menerapkan nilai kasih sayang, hubungan keluarga dan hubungan dengan rakan.

Jarang sekali kita dapat melihat adegan-adegan lucah di dalam drama Korea.  Mereka lebih gemar menerapkan unsur yang memberi pengajaran kepada penonton. Unsur dendam seperti membakar kereta, membakar kedai, membakar rumah jarang sekali terdapat dalam drama-drama korea ini.

4. Mempelajari adat Korea

Munkin ada yang menonton drama korea untuk mempelajari adat resam mereka. Adat korea sangatlah baik dicontohi kerana mereka mempunyai nilai disiplin yang sangt tinggi

No comments:

Post a Comment

Popular

Follow by Email

Random