Enter your keyword

Wednesday, January 11, 2017

Pelukah Sosial Media untuk Perniagaan Online?



Perkembangan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WeChat sangat pesat pada masa kini. Dapat dilihat banyak peniaga-peniaga online mempromosikan produk mereka di laman-laman sosial ini. Namun, adakah tindakan mereka ini betul?

Sememangnya tindakan yang dilakukan oleh mereka ini sangat tepat. Pengunaan media sosial untuk mempromosikan produk jualan mereka sangat berkesan. Bukan sahaja tidak memerlukan modal, malah mereka juga tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak untuk mempromosikan produk perniagaan mereka. 

Cara untuk pembeli menghubungi peniaga juga lebih mudah. Hanya perlu menghantar chat sahaja dan menunggu respon daripada penjual. Jika pengiklanan dilakukan dengan menarik dan betul, ia mampu menarik lebih ramai pembeli. Hal ini bukan sahaja menguntungkan peniaga online malah pembeli juga tidak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah untuk mencari barangan. 

Namun perlu sentiasa diingat, kekayaan bukan datangnya dari bisnes tetapi dari pembeli dan peniaga itu sendiri. Peniaga perlu memahami kehendak pembeli dan sentiasa berdisiplin serta berbudi bahasa kepada pembeli. Dengan ini peniaga dapat memperoleh kepercayaan daripada pembeli itu sendiri.

Sememangnya media sosial merupakan alat yang sangat berkesan utuk perniagaan. Ambilah peluang ini untuk memajukan perniagaan di peringkat global dengan menggunakan media sosial. 





No comments:

Post a Comment

Popular

Follow by Email

Random