Enter your keyword

Monday, July 24, 2017

Jam tangan lelaki a.k.a men's watches

By On 7/24/2017

Jam tangan merupakan satu keperluan untuk lelaki moden masa kini. Jam tangan mampu membuatkan seorang lelaki itu nampak lebih tampan dan kemas.
Kepada wanita di luar sana yang pening tak tahu apa nak belikan untuk suami, ayah ,tunang atau teman lelaki, senang saja. Pilih mana-mana mens watches yang ada di pasaran. Tapi kalau banyak sangat jenis jam tangan pun susah nak buat pilihan kan? Jadi hari ini kita bagi fokus dulu kepada jam tangan sporty yang sangat trendy untuk lelaki. Jadi, tak kisah yang membaca hari ini lelaki atau wanita, mari kita tengok apa gaya terkini jam tangan sport!



Okay jenama jam tangan sport pertama ialah Casio G-Shock. Jam tangan ini bukan main-main ya. Memang tahan lasak dan mempunyai pelbagai reka bentuk yang menawan hati! G-Shock sudah lama diminati orang ramai sampai ada yang gila mengumpul setiap rekaan edisi terhad yang dikeluarkan saban tahun. Jangan ingat jam tangan sport tidak boleh dipakai secara formal ya. Gaya sport watches boleh sahaja digunakan untuk kerja sekiranya warna tidak begitu terang jadi pilih warna biasa seperti kelabu, hitam atau biru jika anda mahukan lebih versatiliti.




Tengok gambar ini. Jam tangan nampak biasa saja kan? Jangan terpedaya, sport watch ini berjenama Maserati. Ya, jenama kereta sport yang mewah itu. Okay, anda tak payah la beli jam tangan sport mahal begini tapi kita cuci mata tengok sahaja. Tak salah kan? Kalau nak beli jam tangan sport yang serupa, boleh saja kerana banyak jenama lain yang lebih mampu dimiliki dengan reka bentuk yang serupa.

Post tak lengkap tanpa bercerita tentang jam tangan moden zaman kini iaitu smart watch yang khas untuk kecergasan harian.


Anda minat bersukan? Mahu berjinak dengan penjagaan kesihatan? Elok mencuba jam tangan seperti Fitbit yang sangat bergaya dan dapat dipakai untuk apa sahaja situasi seperti bersukan atau untuk ke tempat kerja dan hari biasa. Jadi mana satu sport watch pilihan anda?

Popular

Follow by Email

Random