Enter your keyword

Tips Blogging

1.      Apa itu blog?


Blog , ramai sering berbicara mengenai blog. Tetapi adakah anda tahu apa itu blog? Banyak laman sesawang di luar sana membahaskan apa itu blog namun di sini saya terangkan secara ringkas.

Blog adalah satu jenis laman sesawang yang terdapat di internet. Contoh yang lain termasuklah laman forum, laman sosial, laman portal, laman online shopping dan enjin carian.

Jadi apakah perbezaaan blog dengan laman sesawang yang lain?
Perbezaannya adalah dari segi fungsi mereka. Setiap laman sesawang mempunyai fumgsi yang tertentu. Fungsi utama blog adalah untuk memudahkan kita membuat catatan peribadi, namun pada masa kini blog lebih digunakan untuk berkongsi maklumat.

2.      Kenapa berblog?


Mungkin wujud satu tanda tanya pada pemikiran kita
       ‘ Apa yang mampu diperoleh dengan berblog? ‘

Di sini saya senaraikan beberapa tujuan / manfaat kita berblog:

·        Menjadi seorang penulis yang hebat
·        Membantu orang lain
·        Menjana pendapatan
·        Berkongsi Maklumat dan Pengetahuan


3.      Dari mana kita hurus mula berblog?



Mula berblog sangatlah mudah, kita boleh bangunkan blog dengan pembangun blog BLOGGER ataupun WORDPRESS . Kedua-dua pembangun adlah yang paling mudah, terdapat pembangun lain yang boleh anda terokai dengan sendiri.

·        Tentukan tujuan berblog
Hal yang paling penting untuk memulakan blog. Jika tidak mempunyai tujuan , maka blog kita tidak akan mempunyai jalan yang betul. Isi kandungan blog akan menjadi tidak berkualiti dan tidak menarik minat pembaca.

·        Tentukan topik blog
Tetapkan topik untuk blog anda, mungkin ada yang berblog untuk suka-suka menulis catatan hidup mereka, ada yang berblog untuk menulis tentang makanan, ada yang berblog untuk menulis tentang percutian mereka. Tetapkan topik blog anda.

·        Pilih pembangun blog anda
Seperti yang diterangkan diaatas, pembangun blog paling popular dan mudah adalah BLOGGER dan WORDPRESS
·        Mulakan Menulis
Mulakan penulisan anda, pastikan penulisan anda menepati topik blog anda.

·        Menghiasi blog
anda boleh menghisi blog anda, masukkan lagu, latar belakang yang menarik dan lain-lain

4.      Kesalahan yang sering dilakukan oleh blogger baru


·        Terlalu menghias blog
Pastikan blog anda kelihatan minimalistic tanpa widgets-widgets yang akan menambah loading time blog anda.

·        Tidak konsisten
Anda tidak memfokus pada satu topik sahaja, terlalu banyak bertukar-tukar topik.

·        Tidak memanfaaatkan enjin carian Google
Manfaatkan ilmu yang mampu di cari di google. Cara bagaimana hendak memaksimumkan trafik ke blog

·        Mementingkan kuantiti daripada kualiti
Penulisan anda haruslah berkualiti (2000-1000) patah perkataan. Content is king untuk blog. Isikan penulisan yang berkualiti untuk blog anda untuk menarik lebih ramai pembaca.

5.      Mula Mempromosi dan mengembangkan blog

Sekali lagi saya tekankan, tetapkan topik penulisan anda, setelah mempunyai banyak isi di blog, promosikan blog anda di laman social , cari maklumat mengenai SEO (search engine optimisation) . Terdapat banyak ebook yang boleh and abaca tengtang SEO

Anda juga boleh melakukan blogwalking ataupon blogwalking. Berjalan/melayari laman blog orang lain dan tinggalkan komen.


6.      Jana pendapatan Dengan Blog

Bolehkah menjana pendapatan daripada blog?
Jawapannya: BOLEH.


Terdapat banyak cara menjana pendapatan dari blog, antaranya:

·        Google Adsense
·        Ruang Iklan
·        Affliate
·        Menjual Produk Sendiri
·        Kongsi Link
·        Etc.



1 comment:

  1. Terima kasih atas tips nya. Saya akan cuba praktiskan.. Insyaallah..

    ReplyDelete

Popular

Follow by Email

Random